Klinik Hijraa Kuala Nerus ditubuhkan pada September 2016 merupakan cawangan pertama rangkaian klinik Hijraa Group, dan klinik ini terletak di lokasi strategik serta pesat membangun di bandar Kuala Nerus. Kawasan sekitarnya turut menempatkan pelbagai infrastruktur yang menarik seperti stadium, lot perniagaan, bank, pasaraya, lapangan terbang, jeti, dan juga berhampiran jalan utama menjadikan klinik ini sangat mudah diakses oleh masyarakat setempat.
Klinik ini merupakan klinik 24 jam pertama di daerah ini dan menjadi pilihan utama untuk rawatan kecemasan, pemeriksaan rutin, serta konsultasi kesihatan harian. Suasana klinik yang bersih dan selesa, serta staf yang mesra dan profesional, memberikan pengalaman rawatan yang positif kepada pelanggan. Klinik Hijraa juga bergerak aktif dalam pelbagai program komuniti seperti pemeriksaan kesihatan percuma, penajaan aktiviti masyarakat dan ceramah kesihatan awam, memperkukuh peranannya sebagai pusat rujukan kesihatan utama di Kuala Nerus.
Promosi terkini dari Klinik Hijraa 24 Jam Kuala Nerus
Bayangkan tengah seronok balik kampung, tiba-tiba pening kepala, perut memulas, atau anak-anak demam! 😨 Nak cari farmasi di kampung mungkin susah, lebih baik sediakan awal ☔
❤️ Apa yang ada dalam TRAVEL KIT? ✅ Ubat demam & tahan sakit ✅ Ubat selesema & batuk ✅ Ubat gastrik & cirit-birit ✅ Sakit tekak & tahan muntah ✅ Krim luka & banyak lagi!
💉 Rawatan lutut komprehensif dengan pilihan: ✨𝗦𝘁𝗲𝗿𝗼𝗶𝗱 : Redakan kesakitan dan bengkak lutut dengan segera. ✨𝗣𝗥𝗣 (𝗣𝗹𝗮𝘁𝗲𝗹𝗲𝘁-𝗥𝗶𝗰𝗵 𝗣𝗹𝗮𝘀𝗺𝗮) : Mempercepatkan penyembuhan lutut menggunakan darah anda sendiri. ✨𝗛𝗔 (𝗛𝘆𝗮𝗹𝘂𝗿𝗼𝗻𝗶𝗰 𝗔𝗰𝗶𝗱) : Melancarkan pergerakan sendi lutut dan mengurangkan sakit dengan gel HA. ✨𝗣𝗥𝗣 + 𝗛𝗔: Gabungan terbaik untuk pemulihan sendi lutut yang optimum.
Hijraa Group merupakan rangkaian kumpulan klinik perubatan swasta yang komited dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada masyarakat di seluruh negara.
Hijraa Group merupakan rangkaian kumpulan klinik perubatan swasta yang komited dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada masyarakat di seluruh negara.