
Ultrasound, atau dikenali juga sebagai imbasan sonogram, merupakan teknologi diagnostik perubatan yang menggunakan gelombang bunyi frekuensi tinggi yang selamat dan tidak memudaratkan untuk menghasilkan imej real-time struktur dalaman badan. Di Klinik Hijraa, kami komited menyediakan perkhidmatan imbasan ultrasound yang tepat dan berkualiti tinggi menggunakan peralatan canggih bagi membantu diagnosis dan penilaian kesihatan anda.
Hijraa menawarkan pelbagai jenis scan ultrasound untuk memenuhi keperluan diagnostik yang berbeza: Ultrasound Antenatal (Scan Kehamilan)
Salah satu perkhidmatan ultrasound yang paling popular adalah antenatal scan untuk memantau perkembangan kandungan. Pemeriksaan ini penting sepanjang tempoh kehamilan untuk memeriksa kesihatan ibu dan bayi. Kami menyediakan pelbagai pilihan scan kehamilan:
Selain scan kehamilan, kami juga menyediakan ultrasound untuk pemeriksaan bahagian lain badan seperti abdomen (untuk hati, ginjal, pundi hempedu), pelvis (untuk rahim, ovari, pundi kencing), dan lain-lain mengikut keperluan perubatan.
© Hijraa Management Sdn. Bhd. (202201002968). Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU
© Hijraa Management Sdn. Bhd. (202201002968). Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU