Pendaftaran Klinik Hijraa Wanita Kanak-kanak Kuala Nerus
1. Kaunter pendaftaran Klinik Hijraa Wanita Kanak-kanak Kuala Nerus
Bilik konsultasi Klinik Hijraa Wanita Kanak-kanak Kuala Nerus
Playground Klinik Hijraa Wanita Kanak-kanak Kuala Nerus
Ruang menunggu Klinik Hijraa Wanita Kanak-kanak Kuala Nerus
Tandas Klinik Hijraa Wanita Kanak-kanak Kuala Nerus
Klinik Hijraa Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Nerus
Cawangan ke lima belas yang dibuka pada tahun 2023 atau Klinik Hijraa Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Nerus merupakan cawangan pertama Hijraa Group yang diwujudkan khusus bagi memenuhi keperluan kesihatan wanita dan kanak-kanak. Klinik ini menjadi langkah awal dalam usaha Hijraa untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih fokus, selesa dan mesra pelanggan kepada dua golongan penting ini. Terletak bersebelahan dengan Klinik Hijraa Kuala Nerus, ia dibuka sebagai pelengkap kepada klinik sedia ada, membolehkan rujukan dan rawatan lanjutan dijalankan dengan lebih lancar dalam satu lokasi.
Lokasi di kawasan strategik Kuala Nerus, klinik ini mudah diakses oleh penduduk sekitar. Ia berhampiran dengan kawasan perumahan, institusi pengajian tinggi, serta laluan utama yang menghubungkan pelbagai kawasan sekitar. Dengan kemudahan yang mesra ibu hamil serta ruang menunggu yang selesa, ia juga direka untuk memudahkan ibu bapa yang hadir bersama anak kecil.
Klinik ini menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti pemeriksaan kehamilan, rawatan oleh doktor wanita, konsultasi penjagaan bayi dan kanak-kanak, serta imunisasi. Pendekatan rawatan yang mesra, profesional dan menyeluruh menjadikan klinik ini pilihan ideal bagi mereka yang mengutamakan keselesaan dan kepercayaan dalam penjagaan kesihatan.
Sebagai cawangan pertama seumpamanya dalam rangkaian Hijraa, Klinik Hijraa Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Nerus mencerminkan komitmen kami dalam menyediakan rawatan yang lebih khusus dan bermakna buat komuniti wanita dan kanak-kanak.
Promosi terkini dari Klinik Hijraa Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Nerus
Apa Itu Cardiotocography?
Cardiotocography (CTG) merupakan sebuah alat yang digunakan oleh doktor kandungan untuk memantau denyut jantung dan kontraksi rahim saat bayi berada di dalam kandungan.
CTG sesuai untuk ibu hamil 36 minggu ke atas, terutama jika bayi kurang gerak, ada masalah kesihatan, atau kandungan dah overdue. Ia bantu pastikan bayi kekal sihat sebelum bersalin.
Jika ibu rasa harus lakukan ujian CTG, hubungi kami ya
👉Sesi scan yang sangat berpuas hati (30-45 minit bergantung atas kerjasama baby) 👉Free frame 5D 👉Free frame 3D 👉Free goodies bag 👉Free Premium mug 👉Free baucer diskaun konsultasi
Ramai sangat yang datang walk in tau mummy! Jadi kami nak ingatkan whatsapp dulu untuk booking supaya mummy tak datang waktu crowded dan doktor yang bertugas tak available ye 🥰🥰
Hijraa Group merupakan rangkaian kumpulan klinik perubatan swasta yang komited dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada masyarakat di seluruh negara.
Hijraa Group merupakan rangkaian kumpulan klinik perubatan swasta yang komited dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada masyarakat di seluruh negara.