Home » Lawatan Rasmi YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia Bersama Pegawai-Pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia

Lawatan Rasmi YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia Bersama Pegawai-Pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia

Alhamdulillah pada 16 April 2022, Klinik Perubatan Hijraa 24 Jam Kuala Nerus amat berbesar hati menerima lawatan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan.

Yang Berhormat turut diiringi oleh Tan Sri Dato’ Noor Hisham Abdullah , Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Harjeet Singh A/L Hardev Singh, Ketua Setiausaha KKM, pegawai-pegawai kehormat, JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU, ProtectHealth Corporation, dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus ke Pusat Pemberian Vaksin Offsite Dataran Rimba Klinik Hijraa Kuala Nerus.

YB Menteri Kesihatan sempat bertemu dengan para petugas pusat vaksin, penerima-penerima vaksin, ibu bapa serta sempat beramah mesra dengan pengunjung klinik dan membantu melaksanakan pemberian bubur lambuk sempena bulan Ramadhan ketika itu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada YB Menteri Kesihatan dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia atas kesudian meninjau proses pemberian vaksin di klinik kami.

Kongsi artikel ini:

Artikel Lain