Home » Cara Buka Klinik Sendiri di Malaysia: Panduan Lengkap 2025

Cara Buka Klinik Sendiri di Malaysia: Panduan Lengkap 2025

Industri kesihatan swasta di Malaysia dijangka berkembang pesat mencecah RM10 bilion menjelang 2027 (Kenanga Research), dan ini bermakna permintaan tinggi terhadap rawatan primer membuka peluang besar kepada doktor muda dan berpengalaman untuk buka klinik sendiri di Malaysia.

Walaupun begitu, cara buka klinik sendiri di Malaysia tidak semudah sewa premis dan gantung papan tanda. Proses ini dikawal ketat di bawah Akta 586 (Akta Kemudahan & Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998) dan melibatkan pelbagai syarat serta kelulusan rasmi.

  • Doktor berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC)
  • Tamat perkhidmatan wajib (compulsory service)
  • Ada Sijil Amalan Tahunan (APC) terkini
  • Daftar syarikat PLT atau Sdn Bhd di SSM
  • Premis memenuhi pelan lantai dan spesifikasi CKAPS
Membahagi langkah penubuhan klinik dalam tiga fasa

Seterusnya, untuk memudahkan anda faham, kami bahagikan semua langkah kepada 3 fasa:


LangkahBoleh Serentak?Anggaran Masa
Pilih lokasi premis klinikYa1–2 minggu
Daftar syarikat (PLT/Sdn Bhd)Ya3–7 hari
Sewa / beli premis + pelan lantaiYa1–2 minggu
Mohon lesen papan tanda (PBT)Ya7–14 hari

Nota: Pastikan nama syarikat dan nama klinik selaras dari awal.

LangkahPerlu tunggu sebelum teruskan?Anggaran masa
Isi & hantar Borang A ke UKAPSYa3–7 hari sediakan + 1–2 minggu semakan
Terima Surat Tiada Halangan (boleh ubah suai klinik)Ya1 minggu
Ubah suai premis ikut pelan & garis panduanYa1–2 bulan
Maklumkan semula kepada UKAPSYa1 minggu
Pemeriksaan oleh UKAPSYa1 hari (ikut tarikh diberi)
Semakan oleh CKAPS (Putrajaya)Ya2–4 minggu
Bayar yuran & cetak Borang BYa3–5 hari selepas lulus
Langkah tambahanBoleh serentak?Anggaran masa
Daftar KWSP, SOCSO, HRDF (jika ambil staf)Ya1 minggu
Cari pembekal ubat & softwareYa1–2 minggu
Ambil staf / susun jadual operasiYa1–2 minggu

Anggaran Masa Keseluruhan:

  • Paling cepat: 4 bulan
  • Biasa: 4–7 bulan
  • Jika ada isu teknikal / ubah pelan: hingga 8 bulan

Pengalaman doktor semasa membuka klinik sendiri

Menurut Dr. Uwais — (bekas pegawai perubatan yang kini buka klinik di Johor), proses kelulusan CKAPS mengambil masa hanya 21 hari kerana semua pelan lantai telah disahkan awal oleh kontraktor berpengalaman. Kalau ikut step dengan jelas, tak perlu ulang dokumen pun.”

“Saya sendiri terlepas pandang soal DBP untuk nama papan tanda. Nasib baik team konsultan ingatkan awal, kalau tidak, lesen PBT tertangguh 2 minggu.” — Dr. Nadia, klinik baru dibuka di Seremban.


Pengalaman sebenar seperti ini membantu anda mengelakkan kesilapan biasa dan menjimatkan masa dan WANG. Di Hijraa Group, kami gunakan panduan real-world supaya anda tak perlu ulang proses.


Modal asas untuk setup penuh biasanya antara RM60,000 hingga RM100,000, tetapi ianya bergantung kepada saiz, lokasi dan kos ubah suai. Walaubagaimanapun, jika bermula kecil, sekitar RM60,000 juga boleh, namun dengan pengurusan kos yang amat ketat.

Boleh, asalkan anda daftar di bawah Sdn Bhd atau PLT dan anda sendiri pemegang lesen serta doktor berdaftar di Malaysia. Oleh itu, partner bukanlah satu kewajipan.

Purata masa: 4 hingga 8 bulan. Bergantung kepada kelulusan Borang A, pelan lantai, dan tahap kesediaan premis.

Sebaliknya, jika anda ingin proses yang lebih cepat dan teratur, gunakan servis penubuhan klinik seperti Hijraa Group yang sediakan semua dari A hingga Z.

Checklist untuk buka klinik sendiri

1. Pilih Lokasi Strategik

  • Kawasan belum ada klinik
  • Demografi sesuai (cth: kawasan padat penduduk)
  • Akses mudah dan parkir tersedia

2. Daftar Syarikat di SSM

  • Guna portal MyCoID
  • Yuran: RM1,010

3. Mohon Lesen Papan Tanda

  • Dokumen: pelan lokasi, rekabentuk papan tanda, perjanjian sewa/jual
  • Kelulusan Dewan Bahasa & Pustaka diperlukan

4. Isi & Hantar Borang A ke UKAPS

  • 2 salinan lengkap
  • Sertakan: IC, APC, Sijil MMC, Ijazah, pelan klinik skala 1:100, akuan sumpah
  • Yuran proses: RM500

5. Ubah Suai Premis

  • Pintu utama ≥ 1.2m, ruang menunggu luas
  • Sediakan kaunter farmasi, peti sejuk ubat, SOP & carta organisasi

6. Pemeriksaan UKAPS

  • Jika lulus, permohonan diserahkan ke CKAPS

7. Kelulusan CKAPS

  • Tempoh: 30± hari bekerja
  • Bayaran: RM1,000
  • Borang B boleh dicetak dan klinik dibenarkan beroperasi
Doktor sedang berkira-kira kos atau modal diperlukan
KomponenKos (RM)
Pendaftaran SSM + Lesen PBT1,500
Bayaran CKAPS (Borang A + B)1,500
Ubah Suai Premis20,000 – 40,000
Peralatan & Medical Supply25,000 – 50,000
Sistem IT, Software & CCTV5,000 – 10,000
Modal Pusingan Operasi10,000 – 20,000
Jumlah Anggaran60k – 100k+

  • Denda hingga RM300,000 (individu)
  • Denda hingga RM500,000 (syarikat)
  • Penjara maksimum 6 tahun

Q: Perlu partner atau boleh buka sendiri?

A: Boleh buka sendiri jika anda pemilik berdaftar (MO yang tamat compulsory service).

Q: Berapa lama tempoh proses buka klinik?

A: Sekitar 5–8 bulan jika tiada isu pelan lantai atau kelulusan lesen.

Q: Boleh guna nama sendiri untuk nama klinik?

A: Ya, tapi mesti ikut garis panduan DBP & KKM. Namun jika anda mahu berada di bawah Hijraa Group, perlu menggunakan nama Hijraa pada klinik tersebut.

Doktor tenang apabila menggunakan khidmat Hijraa Group

Hijraa Group boleh bantu anda dari A hingga Z:

  • Penubuhan syarikat
  • Ubah suai premis
  • Kelulusan CKAPS
  • Bimbingan pengurusan kewangan klinik
  • Pembekal ubat dan alat klinik

Anda hanya perlu bayar dan guna klinik yang dah siap. Macam hotel, tapi bezanya, ia adalah klinik anda sendiri!

👉 Klik sini atau button di bawah untuk hubungi konsultan kami sekarang!

Kongsi artikel ini:

Artikel Lain