Dr. Hazmuhaimin bergraduasi dari Universitas Trisakti, Indonesia dan berkhidmat sebagai pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Beliau kemudiannya bertugas di Klinik Kesihatan Manir, Kuala Terengganu dan seterusnya di Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu (Kesihatan Awam). Dr. Haz pernah berkhidmat sebagai Medical Review Officer di bawah Akademi Perubatan Pekerjaan Dan Persekitaran Malaysia (AOEMM). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pegawai pemeriksa kesihatan bertauliah (Approved Medical Examiner for Seafarers) di bawah Jabatan Laut Malaysia dan Doktor Kesihatan Pekerjaan di bawah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP/DOSH) Malaysia. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari University of Sunderland, England. Pengalaman dan kemahiran beliau yang luas dalam bidang kesihatan dan pentadbiran membantu memacu prestasi perkhidmatan kesihatan yang disediakan dalam rangkaian Hijraa Group.
Your Premium Care
Hijraa Group merupakan rangkaian kumpulan klinik perubatan swasta yang komited dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada masyarakat di seluruh negara.
Hijraa Group merupakan rangkaian kumpulan klinik perubatan swasta yang komited dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada masyarakat di seluruh negara.