Senarai Perkhidmatan Korporat

Penubuhan & Pengendalian Klinik

Menyediakan sokongan menyeluruh untuk klinik berprestasi tinggi beroperasi dengan lebih tersusun dan sistematik.
  • Menyediakan garis panduan untuk penubuhan klinik di bawah Hijraa Group.
  • Garis panduan merangkumi operasi klinikal, kewangan, pemasaran, dan pentadbiran.
  • Perkhidmatan pengubahsuaian premis dengan konsep dalaman yang khusus.
  • Menguruskan pendaftaran bagi semua keperluan berkaitan termasuk keperluan syarikat dan klinik swasta.

Pemasaran & Pembangunan Perniagaan

Meningkatkan jenama dan rangkaian klinik agar lebih dikenali dan berkembang dalam industri.
  • Bertanggungjawab meningkatkan jenama Hijraa ke peringkat nasional.
  • Menyediakan rangkaian hubungan kepada semua cawangan Hijraa.

Khidmat Nasihat

Membantu dalam aspek kewangan, operasi, dan strategi bagi memastikan klinik beroperasi dengan lancar.
  • Konsultasi merangkumi kewangan, pemasaran, operasi, dan pentadbiran.
  • Menyediakan penyelesaian & cadangan bagi sebarang masalah yang berlaku.
  • Berkongsi kepakaran dalam Hijraa Group untuk memastikan semua klinik dapat berkembang bersama.

Keistimewaan Perkhidmatan

BERSAMA HIJRAA GROUP, ANDA ADA PASUKAN YANG MENYOKONG DARI AWAL HINGGA BERJAYA!

“Saya ada modal nak buka klinik, tapi tak tahu nak mula dari mana...”
Ramai pemilik baru menghadapi kesukaran pada dokumen pendaftaran, lesen, pengubahsuaian premis, hingga ke pemilihan peralatan perubatan.
Solusi
Kami menyediakan bimbingan
lengkap dari A sampai Z—termasuk perancangan kewangan, reka bentuk dalaman, dan kelulusan lesen.
“Marketing saya lemah, tak ramai pesakit datang..”
Tanpa strategi pemasaran yang betul, klinik sukar dikenali, pesakit baru yang datang ke klinik pun sentiasa sedikit.
Solusi
Straegi pemasaran berjenama
Hijraa membantu membina
kepercayaan pelanggan.
“Operasi klinik saya tak teratur, staf pun asyik bertukar-tukar...”
Pengurusan kewawangan dan operasi menjadi beban utama.
Solusi
Konsultasi kewangan dan pentadbiran memastikan kelancaran operasi klinik.

Soalan Lazim

Hijraa Group menawarkan peluang kepada para doktor yang ingin membuka klinik baru bersama rangkaian Klinik Hijraa atau menguruskan klinik sedia mengikut panduan Hijraa Group. Perkhidmatan ini adalah menyeluruh dalam semua aspek bermula dari kosong sehingga sepanjang tempoh perjanjian bersama Hijraa Group.

  • Doktor yang ingin membuka klinik swasta baru dan ingin mendapatkan bimbingan menyeluruh.
  • Pemilik klinik swasta sedia ada dan berminat untuk menyertai rangkaian klinik Hijraa Group.

Doktor secara umumnya kurang berkemahiran dalam menguruskan ilmu perniagaan yang mampu memberi khidmat terbaik berdasarkan keperluan awam. Pelbagai cabaran yang dihadapi antaranya : 

  • Tidak tahu prosedur betul dan lengkap untuk mendaftar, membuka dan memastikan klinik beroperasi mengikut syarat serta kelulusan penuh pihak berkuasa
  • Tiada pengalaman dalam bidang pengurusan sumber manusia dalam sesebuah syarikat
  • Sukar mencari dan menentukan lokasi klinik yang strategik dan sesuai untuk beroperasi
  • Tidak mahir menguruskan pemasaran dan jualan syarikat
  • Tidak memiliki modal yang mencukupi atau tidak pasti untuk mengambil risiko bersendirian
  • Masalah konsistensi dan putus asa kerana melaksanakan semua sendiri tanpa sistem yang lengkap

Hijraa Group menawarkan kerjasama bimbingan sepanjang masa dan modul latihan yang menyeluruh untuk para doktor dan pemilik klinik menguruskan perniagaan syarikat dari awal penubuhan sehinggalah syarikat beroperasi dengan tahap prestasi yang tinggi.

Anggaran modal minimum yang diperlukan bergantung kepada perbincangan lanjut pemilik klinik bersama HQ bagi memastikan klinik beroperasi dengan cemerlang dan menghasilkan manfaat kepada semua. Kos penubuhan, perlesenan, pengubahsuaian, pengoperasian dan kos overhed keseluruhan dianggarkan berjumlah RM500,000 bergantung kepada operasi dan kemampuan klinik mengikut tempoh perancangan. Anggaran kos awal keseluruhan boleh berubah mengikut butiran perancangan klinik dan perbincangan bersama Hijraa Group.

Ya. Hijraa Group memberi pendedahan dan bimbingan yang berterusan dari semua aspek pengurusan termasuklah konsultasi perniagaan, perkhidmatan kesihatan, projek dan pengubahsuaian, kewangan dan audit, sumber manusia, pemasaran dan jualan, serta perkhidmatan perundangan. Sokongan ini meliputi semua peringkat organisasi dari tahap tertinggi hingga peringkat bawahan.

Hijraa Group terdiri daripada 20 buah klinik swasta yang merangkumi klinik perubatan 24 jam, klinik mesra wanita dan kanak-kanak dan klinik pergigian yang beroperasi di 6 buah negeri seluruh Malaysia (Terengganu, Pahang, Kelantan, Selangor, W.P. Kuala Lumpur, dan Johor).

Boleh. Perbincangan lanjut bersama pihak HQ dan pemilik bersama klinik akan dijalankan secara lebih terperinci bagi menerangkan terma dan syarat kerjasama serta penyertaan ke dalam rangkaian Klinik Hijraa.

Your Premium Care
Hijraa Group merupakan rangkaian kumpulan klinik perubatan swasta yang komited dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada masyarakat di seluruh negara.

© Hijraa Management Sdn. Bhd. (202201002968). Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU

Your Premium Care
Hijraa Group merupakan rangkaian kumpulan klinik perubatan swasta yang komited dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada masyarakat di seluruh negara.

© Hijraa Management Sdn. Bhd. (202201002968). Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU