How to Open Your Own Clinic in Malaysia (2025)
Why Open Your Own Clinic Now? Malaysiaβs private healthcare industry is projected to grow rapidly, reaching RM10 billion by 2027…

8 Jun 2024 – Klinik Perubatan Hijraa 24 Jam Kemaman dan Klinik Perubatan Hijraa 24 Jam Chukai telah mengadakan program Hijraa Beach Clean Up Day 2024 sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2024.

Program bersih pantai ini diadakan di Pantai Kuala Kemaman yang diadakan bermula jam 8 pagi sehingga 10 pagi. Seramai lebih kurang 50 peserta terlibat dalam aktiviti membersihkan sepanjang pantai Kuala Kemaman ini. Selain itu, turut dihadiri beberapa peserta daripada kelab Geng Plastik Ija yang turut memeriahkan aktiviti ini. Terima kasih kepada semua peserta yang terlibat dalam aktiviti bersih pantai ini. Semoga aktiviti bersih pantai dapat memupuk masyarakat supaya lebih peka dalam menjaga kebersihan alam sekitar.